Showing posts with label Bab 4 Tingkatan 5. Show all posts
Showing posts with label Bab 4 Tingkatan 5. Show all posts

Thursday, October 15, 2015

Gambar Rajah Aras Tenaga

Gambar rajah aras tenaga ialah gambar rajah yang menunjukkan perubahan kandungan tenaga bahan tindak balas dan hasil tindak balas dalam suatu tindak balas kimia.

Gambar rajah aras tenaga untuk tindak balas eksotermik mempunyai ciri-ciri yang berikut:
  • Jumlah tenaga bahan tindak bals melebihi jumlah tenaga hasil tindak balas.
  • Perbezaan antara jumlah kandungan tenaga bahan tindak balas dengan hasil tindak balas merupakan haba tindak balas, ΔH, yang dibebaskan ke sekeliling.
  • Haba tindak balas, ΔH, bernilai negatif.
  • Gambar rajah aras tenaga bagi tindak balas eksotermik adalah seperti berikut:

Sebagai contohnya, tindak balas peneutralan antara asid hidroklorik cair dengan larutan natrium hidroksida ialah tindak balas eksotermik. 57 kJ haba terbebas apabila 1 mol air terhasil dalam tindak balas ini. Persamaan termokimia bagi tindak balas ini ialah


Gambar rajah aras tenaga bagi tindak balas ini ialah:


Gambar rajah aras tenaga untuk tindak balas endotermik mempunyai ciri-ciri yang berikut:
  • Jumlah tenaga hasil tindak balas melebihi jumlah tenaga baha tindak balas.
  • Perbezaan antara jumlah kandungan tenaga bahan tindak balas dengan hasil tindak balas merupakan haba tindak balas, ΔH, yang diserap dari sekeliling.
  • Haba tindak balas, ΔH, adalah positif.
  • Gambar rajah aras tenaga bagi tindak balas endotermik adalah seperti berikut:

Sebagai contohnya, tindak balas pendehidratan magnesium sulfat terhidrat menyerap haba. 92 kJ haba diserap apabila 1 mol magnesium sulfat terhidrat mengalami pendehidratan. Persamaan termokimia bagi tindak balas ini ialah:


Gambar rajah aras tenaga bagi tindak balas ini ialah:


Thursday, July 9, 2015

Tindak Balas Endotermik

Tindak balas endotermik ialah tindak balas dimana tenaga haba diserap dari sekeliling.

Suhu sekeliling, iaitu suhu campuran tindak balas menurun dan bekas tindak balas menjadi sejuk.

Perubahan tenaga utama dalam tindak balas endotermik ialah perubahan tenaga haba kepada tenaga kimia.

Haba diserap dari sekeliling dan ditukarkan kepada tenaga kimia yang diperlukan untuk melakukan tindak balas. Oleh itu, jumlah tenaga bahan tindak balas adalah kurang daripada jumlah tenaga hasil tindak balas dalam tindak balas endotermik.

Tenaga haba diserap semasa tindak 
balas endotermik berlaku.


Contoh tidak balas endotermik
  1. Penguraian garam karbonat. 
    Kalsium karbonat terurai kepada kalsium oksida dan gas karbon dioksida apabila haba dibekalkan.



  2. Penguraian garam nitrat oleh haba. 
    Magnesium nitrat terurai kepada magnesium oksida, gas nitrogen dioksida, dan gas oksigen apabila haba dibekalkan.



  3. Tindakan haba ke atas garam terhidrat. 
    Apabila garam terhidrat dipanaskan, wap air terbebas dan garam kontang terhasil.



  4. Tindak balas antara asid cair dengan kalium hidrogen karbonat.



Fakta penting bagi tindak balas endotermik:
  • Haba diserap dari persekitaran.
  • Suhu sekeliling menurun.
  • Campuran tindak balas dan bekas tindak balas terasa sejuk.

Fakta penting bagi perubahan tenaga yang terlibat dalam tindak balas endotermik:
  • Jumlah kandungan tenaga hasil tindak balas lebih tinggi daripada bahan tindak balas.
  • Jumlah tenaga yang diserap semasa pembentukan ikatan kimia baru melebihi jumlah tenaga yang terbebas semasa pemecahan ikatan lama.
  • ΔH adalah positif.

Monday, June 22, 2015

Tindak Balas Eksotermik

Tindak balas eksotermik (exothermic reactions) ialah tindak balas di mana tenaga haba dibebaskan ke sekeliling.

Suhu sekeliling, iaitu suhu campuran tindak balas menaik dan bekas tindak balas menjadi panas.

Perubahan tenaga utama dalam tindak balas eksotermik ialah perubahan tenaga kimia kepada tenaga haba.

Tenaga haba dibebaskan semasa 
tindak balas eksotermik berlaku.

Tenaga kimia yang lebih dalam bahan tindak balas ditukarkan kepada tenaga haba, kemudiannya dibebaskan ke sekeliling semasa tindak balas berlaku. Oleh itu, jumlah tenaga bahan tindak balas adalah lebih tinggi daripada jumlah tenaga hasil tindak balas dalam tindak balas eksotermik.


Contoh tindak balas eksotermik:

a) Tindak balas pembakaran bahan api seperti karbon, petrol dan alkohol.

i) Pembakaran karbon dalam gas oksigen menghasilkan tenaga haba.

ii) Pembakaran lengkap etanol dalam gas oksigen membebaskan haba.


b) Tindak balas peneutralan.
Tindak balas peneutralan antara asid hidroklorik cair dengan larutan natrium hidroksida membebaskan haba.

c) Tindak balas antara asid cair dengan garam karbonat.
Tindak balas antara asid hidroklorik cair dengan kalsium karbonat membebaskan haba.

d) Tindak balas antara asid cair dengan logam lebih elektropositif seperti magnesium, zink dan aluminium.
Tindak balas antara asid sulfurik cair dengan pita magnesium membebaskan haba.

e) Tindak balas penyesaran logam.
Tindak balas penyesaran (displacement) logam antara serbuk zink dengan larutan kuprum (II) sulfat membebaskan haba.

f) Tindak balas logam natrium dengan air.

g) Tindak balas antara air dengan kuprum (II) sulfat kontang.

h) Pelarutan pepejal natrium hidroksida dalam air.
Kira-kira 5 g pepejal natrium hidroksida ditambah ke dalam kelalang kon yang mengandungi 50 cm3 air suling. Campuran dikacau supaya pepejal natrium hidroksida larut dalam air suling. Kelalang kon menjadi panas dan suhu larutan campuran menaik kerana pelarutan natrium hidroksida dalam air membebaskan haba.


Fakta penting bagi tindak balas eksotermik.
  • Haba dibebaskan ke persekitaran.
  • Suhu sekeliling meningkat.
  • Campuran tindak balas dan bekas tindak balas terasa panas.

Fakta penting bagi perubahan tenaga yang terlibat dalam tindak balas eksotermik.
  • Jumlah kandungan tenaga bahan tindak balas lebih tinggi daripada hasil tindak balas.
  • Jumlah tenaga yang terbebas semasa pembentukan ikatan kimia baru melebihi jumlah tenaga yang diserap semasa pemecahan ikatan lama.
  • ΔH adalah negatif.

Sunday, February 3, 2013

Perubahan Tenaga Dalam Tindak Balas Kimia


Tenaga (energy) wujud dalam pelbagai bentuk, iaitu tenaga kimia, tenaga haba, tenaga bunyi, tenaga kinetik, dan lain-lain.

Menurut Hukum Keabadian Tenaga (law of conversation of energy), tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan (energy cannot be created of destroyed), tetapi ia boleh bertukar bentuk (can be converted from one form to another form).

Dalam tindak balas kimia (chemical reactions), perubahan tenaga biasanya melibatkan tenaga kimia, tenaga haba, tenaga bunyi, tenaga elektrik, dan tenaga cahaya. 

Kebanyakan tindak balas kimia adalah melibatkan perubahan antara tenaga kimia dan tenaga haba.

Termokima (termochemistry) merupakan satu bidang yang mengkaji perubahan tenaga haba dalam sesuatu tindak balas.

Haba tindak balas (heat of reaction) ialah perubahan tenaga yang berlaku apabila bilangan mol bahan tindak balas seperti yang ditunjukkan dalam persamaan kimia bertindak balas untuk membentuk hasil tindak balas, terbentuk pada keadaan piawai.

Keadaan piawai untuk tindak balas ialah;
  • Suhu pada 25°C (298K).
  • Tekanan pada 1 atmosfera (101.3 kPa).
  • Kepekatan larutan 1.0 mol dm-3.
  • Bahan tindak balas dan hasil tindak balas berada pada 25°C dan tekanan 1 atmosfera.

Haba tindak balas diwakili oleh simbol ΔH.

Haba tindak balas, ΔH,
  1. Bernilai negatif (–ve) untuk tindak balas eksotermik (exothermic), kerana jumlah tenaga bahan tindak balas melebihi hasil tindak balas.

  2. Bernilai positif (+ve) menunjukkan tindak balas endotermik (endothermic), kerana jumlah tenaga bahan tindakbalas kurang daripada hasil tindak balas.