Sunday, February 3, 2013

Perubahan Tenaga Dalam Tindak Balas Kimia

>>> Pakej Pembelajaran & Penilaian Online <<<

Tenaga (energy) wujud dalam pelbagai bentuk, iaitu tenaga kimia, tenaga haba, tenaga bunyi, tenaga kinetik, dan lain-lain.

Menurut Hukum Keabadian Tenaga (law of conversation of energy), tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan (energy cannot be created of destroyed), tetapi ia boleh bertukar bentuk (can be converted from one form to another form).

Dalam tindak balas kimia (chemical reactions), perubahan tenaga biasanya melibatkan tenaga kimia, tenaga haba, tenaga bunyi, tenaga elektrik, dan tenaga cahaya. 

Kebanyakan tindak balas kimia adalah melibatkan perubahan antara tenaga kimia dan tenaga haba.

Termokima (termochemistry) merupakan satu bidang yang mengkaji perubahan tenaga haba dalam sesuatu tindak balas.

Haba tindak balas (heat of reaction) ialah perubahan tenaga yang berlaku apabila bilangan mol bahan tindak balas seperti yang ditunjukkan dalam persamaan kimia bertindak balas untuk membentuk hasil tindak balas, terbentuk pada keadaan piawai.

Keadaan piawai untuk tindak balas ialah;
  • Suhu pada 25°C (298K).
  • Tekanan pada 1 atmosfera (101.3 kPa).
  • Kepekatan larutan 1.0 mol dm-3.
  • Bahan tindak balas dan hasil tindak balas berada pada 25°C dan tekanan 1 atmosfera.

Haba tindak balas diwakili oleh simbol ΔH.

Haba tindak balas, ΔH,
  1. Bernilai negatif (–ve) untuk tindak balas eksotermik (exothermic), kerana jumlah tenaga bahan tindak balas melebihi hasil tindak balas.

  2. Bernilai positif (+ve) menunjukkan tindak balas endotermik (endothermic), kerana jumlah tenaga bahan tindakbalas kurang daripada hasil tindak balas.


1 comment:

  1. Jemput tengok tajuk-tajuk Kimia tingkatan 5

    http://cikguhailmi.blogspot.com/2013/01/kimia-tajuk-tajuk-bagi-kimia-tingkatan-5.html

    ReplyDelete

'Follow' to get notification of blog updates

Google+ Followers