Monday, March 4, 2013

Sabun


Bahan pencuci yang digunakan dalam kehidupan harian dikelaskan kepada 2 jenis, iaitu;
  1. Sabun
    Sabun (soap) terhasil daripada tindak balas antara suatu asid lemak dengan larutan alkali. Dengan kata lain, sabun adalah agen pembersih yang diperbuat daripada lemak haiwan (animal fats) atau minyak sayuran (vegetable oils), oleh saponifikasi (saponification).

  2. Detergen (bahan pencuci bukan sabun).
    Detergen (detergent) terhasil daripada tindak balas antara suatu asid sulfonik dengan larutan alkali. Dengan kata lain, detergen adalah agen pembersih sintetik (synthetic cleansing agents) yang diperbuat daripada hidrokarbon yang diperolehi daripada pecahan petroleum. Oleh itu, detergen adalah petrokimia (petrochemicals).

Sabun telah dikenali sekurang-kurangnya dua ribu tahun dahulu. Pada zaman tersebut, sabun diperbuat daripada lemak haiwan dan larutan beralkali yang diperolehi daripada abu kayu. Campuran  lemak dan larutan pekat yang diperolehi daipada abu kayu dididih dan dikacau seharian.


Sabun yang dihasilkan pada zaman tersebut adalah tidak tulen serta kurang berkesan. Pada zaman tersebut, penghasilan sabun amat sedikit sekali disebabkan oleh lemak haiwan yang mahal, kekurangan bekalan alkali, dan teknik pembuatan sabun yang kurang berkesan.

Dengan penemuan natrium hidroksida (sodium hydroxide) pada tahun 1970 dan pemahaman tindak balas penghasilan lemak dan minyak pada tahun 1816, kaedah pembuatan sabun menjadi lebih mudah dan berkesan.

Pada masa kini, lemak haiwan (animal fats) atau minyak tumbuhan/sayuran (vegetable oils) dan bahan alkali seperti natrium hidroksida (sodium hydroxide) atau kalium hidroksida (potassium hydroxide) digunakan untuk membuat sabun.

Sabun ialah garam natrium atau garam kalim bagi asid karbosilik (carboxylic acids) yang terdapat dalam lemak haiwan dan minyak sayuran. Asid karbosilik itu berantai panjang dengan 12  hingga 18 atom karbon semolekul dan disebut sebagai asid lemak (fatty acids).

Sabun ialah garam karboksilat (carboxylic salts) dengan formula am;


R ialah alkil (alkyl) berantai panjang yang berasal daripada asid lemak.

Sabun mengandungi kumpulan karboksilat (carboxylic group) sebagai kumpulan berfungsi, iaitu;


No comments:

Post a Comment