Thursday, July 9, 2015

Tindak Balas Endotermik

Tindak balas endotermik ialah tindak balas dimana tenaga haba diserap dari sekeliling.

Suhu sekeliling, iaitu suhu campuran tindak balas menurun dan bekas tindak balas menjadi sejuk.

Perubahan tenaga utama dalam tindak balas endotermik ialah perubahan tenaga haba kepada tenaga kimia.

Haba diserap dari sekeliling dan ditukarkan kepada tenaga kimia yang diperlukan untuk melakukan tindak balas. Oleh itu, jumlah tenaga bahan tindak balas adalah kurang daripada jumlah tenaga hasil tindak balas dalam tindak balas endotermik.

Tenaga haba diserap semasa tindak 
balas endotermik berlaku.


Contoh tidak balas endotermik
  1. Penguraian garam karbonat
    Kalsium karbonat terurai kepada kalsium oksida dan gas karbon dioksida apabila haba dibekalkan.



  2. Penguraian garam nitrat oleh haba
    Magnesium nitrat terurai kepada magnesium oksida, gas nitrogen dioksida, dan gas oksigen apabila haba dibekalkan.



  3. Tindakan haba ke atas garam terhidrat
    Apabila garam terhidrat dipanaskan, wap air terbebas dan garam kontang terhasil.



  4. Tindak balas antara asid cair dengan kalium hidrogen karbonat.



Fakta penting bagi tindak balas endotermik:
  • Haba diserap dari persekitaran.
  • Suhu sekeliling menurun.
  • Campuran tindak balas dan bekas tindak balas terasa sejuk.

Fakta penting bagi perubahan tenaga yang terlibat dalam tindak balas endotermik:
  • Jumlah kandungan tenaga hasil tindak balas lebih tinggi daripada bahan tindak balas.
  • Jumlah tenaga yang diserap semasa pembentukan ikatan kimia baru melebihi jumlah tenaga yang terbebas semasa pemecahan ikatan lama.
  • ΔH adalah positif.

No comments:

Post a Comment