Gambar rajah aras tenaga ialah gambar rajah yang menunjukkan perubahan kandungan tenaga bahan tindak balas dan hasil tindak balas dalam suatu tindak balas kimia.
Gambar rajah aras tenaga untuk tindak balas eksotermik mempunyai ciri-ciri yang berikut:
- Jumlah tenaga bahan tindak bals melebihi jumlah tenaga hasil tindak balas.
- Perbezaan antara jumlah kandungan tenaga bahan tindak balas dengan hasil tindak balas merupakan haba tindak balas, ΔH, yang dibebaskan ke sekeliling.
- Haba tindak balas, ΔH, bernilai negatif.
- Gambar rajah aras tenaga bagi tindak balas eksotermik adalah seperti berikut:
Sebagai contohnya, tindak balas peneutralan antara asid hidroklorik cair dengan larutan natrium hidroksida ialah tindak balas eksotermik. 57 kJ haba terbebas apabila 1 mol air terhasil dalam tindak balas ini. Persamaan termokimia bagi tindak balas ini ialah
Gambar rajah aras tenaga bagi tindak balas ini ialah:
Gambar rajah aras tenaga untuk tindak balas endotermik mempunyai ciri-ciri yang berikut:
- Jumlah tenaga hasil tindak balas melebihi jumlah tenaga baha tindak balas.
- Perbezaan antara jumlah kandungan tenaga bahan tindak balas dengan hasil tindak balas merupakan haba tindak balas, ΔH, yang diserap dari sekeliling.
- Haba tindak balas, ΔH, adalah positif.
- Gambar rajah aras tenaga bagi tindak balas endotermik adalah seperti berikut:
Sebagai contohnya, tindak balas pendehidratan magnesium sulfat terhidrat menyerap haba. 92 kJ haba diserap apabila 1 mol magnesium sulfat terhidrat mengalami pendehidratan. Persamaan termokimia bagi tindak balas ini ialah:
Gambar rajah aras tenaga bagi tindak balas ini ialah:
No comments:
Post a Comment