Wednesday, December 12, 2012

Elektrolit dan Bukan Elektrolit

>>> Pakej Pembelajaran & Penilaian Online <<<

Elektrolit (electrolytes) merupakan bahan yang mengkonduksi arus elektrik (conducts electricity) dalam keadaan cecair/leburan (molten state) atau dalam larutan akueus (aqueous solution).

Contoh elektrolit dalam keadaan leburan ialah plumbum (II) bromida lebur, kalium iodida lebur, dan aluminium oksida lebur.

Contoh elektrolit dalam keadaan larutan akueus ialah larutan akueus kuprum (II) sulfat, larutan akueus natrium klorida dan larutan akueus kalium nitrat.

Bukan elektrolit (non-electrolytes) merupakan bahan yang tidak mengkonduksi arus elektrik (does not conduct electricity) walaupun dalam keadaan leburan atau dalam larutan akueus.

Contoh bukan elektrolit ialah leburan sulfur, leburan naftalena, larutan akueus glukosa, dan larutan iodin dalam tetraklorometana.

Semasa pengaliran elektrik, elektrolit mengalami perubahan kimia, iaitu elektrolit diuraikan kepada unsur-unsur juzuk. Misalnya, plumbum (II) bromida lebur terurai kepada logam plumbum dan gas bromin semasa arus elektrik dialirkan menerusinya.

Konduktor (conductor) ialah bahan yang mengkonduksi arus elektrik tanpa mengalami perubahan kimia. Contoh konduktor ialah semua logam dan grafit/karbon (carbon).

Sesuatu bahan boleh mengalirkan arus elektrik jika mengandungi zarah-zarah bercas yang bebas bergerak.


Jenis bahan kimia

Keadaan fizik
Kebolehan
mengkonduksi
arus elektrik

Zarah-zarah
Unsur logam
Pepejal / leburan
Boleh
Elektron yang bergerak bebas
Sebatian kovalen dan unsur bukan logam
Pepejal / leburan
Tidak boleh
Molekul neutral
Sebatian ion
Pepejal
Tidak boleh
Ion-ion tidak bebas
Sebatian ion
Leburan / larutan akueus
Boleh
Ion-ion yang bebas bergerak
Kekonduksian elektrik beberapa jenis bahan.

Fakta penting bagi kekonduksian elektrik sesuatu bahan:
  1. Elektron bebas bergerak dalam logam.
  2. Ion-ion bebas bergerak dalam leburan sebatian ion atau larutan akueus.

Bateri mengandungi elektrolit untuk 
mengkonduksi arus elektrik.


No comments:

Post a Comment

'Follow' to get notification of blog updates

Google+ Followers