Tuesday, December 11, 2012

Pembentukan Sebatian


Kerak bumi terdiri daripada sebatian (compounds) dan unsur (elements) yang berlainan. Logam seperti emas, platinum dan bukan logam seperti karbon wujud sebagai unsur bebas dalam kerak bumi.

Unsur-unsur lain berpadu antara satu sama lain untuk menghasilkan berbagai lagi sebatian yang berlainan.

Unsur dan sebatian yang wujud semula jadi dalam kerak bumi dipanggil mineral.

Unsur karbon
Rupa bentuk
Penggunaan
Intan
Pepejal lutsinar yang indah dan sangat keras
  • Memotong kaca.
  • Barang hiasan.

Grafit
Pepejal hitam yang rapuh dan lembut
  • Bahan pelincir
  • Elektrod bateri

Contoh mineral yang wujud dalam bentuk unsur.

Di dalam kerak bumi, terdapat mineral yang wujud dalam kuantiti yang cukup banyak membolehkan juzuk utamanya diekstrak. Contohnya, logam timah dapat diekstrak daripada bijih timah, timah (IV) oksida, yang wujud semula jadi.

Sebatian
Rupa bentuk
Kegunaan
Batu marmar
(kalsium karbonat)
Batu yang keras
  • Bahan binaan untuk sektor pembangunan.

Garam biasa
Pepejal putih dan mempunyai rasa masin
  • Perisa makanan.
  • Pengawet makanan.

Contoh mineral yang wujud dalam bentuk sebatian.


Kestabilan gas adi (noble gases)

Unsur-unsur Kumpulan 18 merupakan unsur bukan logam (non metal) dengan atomnya mempunyai 8 elektron valens (kecuali atom helium dengan 2 elektron valens sahaja).

Atom neon, argon, krypton, xenon dan radon mempunyai susunan elektron oktet (octet). Atom helium mempunyai susunan elektron duplet.

Gas adi (noble gases) adalah lengai (inert) secara kimia. Ini adalah kerana semua atom gas adi mempunyai susunan elektron (electron) yang stabil. Maka, atom unsur gas adi tidak perlu menerima, melepaskan, atau berkongsi elektron dengan atom lain. Oleh itu, gas adi wujud sebagai atom-atom bebas (monoatom).

Cara untuk atom-atom yang tidak stabil untuk mencapai kestabilan ialah:
  1. Menghilangkan elektron.
  2. Menerima elekron.
  3. Berkongsi elektron.
Menghilangkan elektron dan menerima elektron, adalah juga dikenali sebagai pemindahan elektron.

Gas adi
Susunan elektron
Helium, He
2
Neon, Ne
2.8
Argon, Ar
2.8.8
Kripton, Kr
2.8.18.8
Xenon, Xe
2.8.18.18.8
Radon, Rn
2.8.18.32.18.8
Susunan elektron bagi unsur-unsur Kumpulan 18.




No comments:

Post a Comment