Friday, November 16, 2012

Kegunaan garam dalam kehidupan seharian

>>> Pakej Pembelajaran & Penilaian Online <<<

Garam (salt) memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita. Beberapa contoh garam dan kegunaannya dalam kehidupan seharian kita adalah seperti contoh di bawah.

Dalam penyediaan makanan
  • Natrium klorida (NaCl, sodium chloride), garam, digunakan untuk perasa makanan (seasoning foods).
  • Monosodium glutamat (M.S.G) digunakan untuk menyedapkan lagi rasa makanan.
  • Tepung naik sendiri (self-raising flour) mengandungi natrium bikarbonat (NaHCO3, sodium bicarbonate) yang membantu roti dan kek menaik.


Dalam pemeliharaan makanan
  • Pemeliharaan makanan (food preservation) membolehkan makanan disimpan lebih lama tanpa kerosakan.
  • Natrium klorida (sodium chloride) digunakan sebagai pengawet makanan dalam makanan seperti ikan masin dan telur masin.
  • Sodium benzoate (C6H5COONa) digunakan sebagai pengawet makanan dalam makanan seperti sos tomato, sos tiram dan jem.
  • Sodium nitrit (NaNO2) digunakan untuk memelihara (preserve) daging yang diproses seperti burger, sosej dan ham.


Dalam pertanian
  • Untuk meningkatkan pengeluaran makanan.
  • Garam nitrat seperti kalium nitrat (potassium nitrate, KNO3), sodium nitrat (NaNO3) dan garam ammonium seperti ammonium sulfat (NH4)2SO4, ammonium nitrat (NH4NO3), ammonium fosfat (NH4)3PO4 adalah baja bernitrogen (nitrogenous fertiliser).
  • Garam seperti kuprum (II) sulfat (CuSO4), ferum (II) sulfat (FeSO4) dan raksa (I) klorida/mercury (I) chloride (HgCl) digunakan sebagai racun makhluk perosak (pesticides).


Dalam perubatan
  • Ubat-ubatan anti-asid (antacid medicines) mengandungi kalsium karbonat (CaCO3), dan kalsium hidrogen karbonat (CaHCO3) yang digunakan untuk mengurangkan keasidan (acidity) dalam perut pesakit gastrik.
  • Garam hidu (smelling salt) mengandungi ammonium klorida (NH4Cl).
  • Plaster Paris yang digunakan bagi menyokong tulang yang patah mengandungi kalsium sulfat.
  • Garam Epsom (magnesium sulphate heptahydrate) dan Garam Glauber (sodium sulphate decahydrate) digunakan sebagai julap (laxative) untuk membersihkan usus.
  • Kalium permanganat (potassium permanganate, KMnO4) digunakan sebagai antiseptik untuk membunuh kuman.
  • Barium sulfat BaSO4 membolehkan usus pesakit kanser perut yang disyaki, untuk dilihat dengan jelas dalam filem X-ray.
  • "Iron pills" yang mengandungi ferum (II) sulfat adalah diambil untuk meningkatkan bekalan besi (iron) kepada pesakit anemia.


Kegunaan lain
  • Ubat gigi berfluorida mengandungi tin (II) fluoride, SnF2, yang digunakan untuk mencegah kerosakan gigi.
  • Silver bromide, AgBr, digunakan untuk menghasilkan filem fotografi hitam putih.
  • Natrium hipoklorit (NaOCl, sodium hypochlorite) adalah digunakan sebagai agen peluntur dalam pakaian.


Garam semulajadi
  • Lead (II) sulphide (galena, PbS), kalsium fluorida (fluorite,CaF2) dan magnesium sulfat (Epsime, MgSO4) wujud sebagai mineral dalam kerak bumi (earth's crust).
  • Batu karang, stalaktit, stalagmit dan batu kapur terdiri daripada kalsium karbonat (CaCO3).




No comments:

Post a Comment

'Follow' to get notification of blog updates

Google+ Followers