Sunday, December 23, 2012

Sebatian Karbon


Sebatian karbon (carbon compounds) merupakan sebatian yang mengandungi unsur karbon sebagai unsur juzuknya (constituents).

Hampir semua makanan merupakan sebatian karbon, misalnya karbohidrat, protein, lemak, dan vitamin.

Sebatian karbon dikelaskan kepada:
  1. Sebatian organik (organic compound)
  2. Sebatian tak organik (inorganic compound)


Sebatian organik dan sebatian tak organik

Sebatian organik merupakan sebatian karbon yang berasal daripada haiwan dan tumbuhan. Contohnya;
  • Petroleum dan gas asli yang mempunyai unsur juzuk karbon dan hidrogen.
  • Kanji, alkohol, gula, dan lemak yang mempunyai unsur juzuk karbon, hidrogen dan oksigen.

Sebatian tak organik merupakan sebatian yang bukan berasal daripada hidupan.

Walaupun hampir semua sebatian karbon dikelaskan sebagai sebatian organik, sebatian karbon yang berikut tergolong dalam kumpulan sebatian tak organik:
  • Karbon monoksida, CO
  • Karbon dioksida, CO2
  • Karbon disulfida, CS2
  • Sebatian karonat dan bikarbonat: kalsium karbonat, CaCO3, dan natrium bikarbonat, NaHCO3.
  • Sebatian karbida (carbide): kalsium karbida, Ca2C.
  • Sebatian sianat (cyanate) dan tiosianat (thiocyanate): natrium sianat, NaCN, dan natrium tiosianat, NaSCN


Sebatian karbon

1) Sebatian organik
Semua sebatian karbon kecuali
  • CO2, CO
  • CS2
  • Sebatian karbonat, CO32-, dan bikarbonat, HCO3-
  • Sebatian sianida (cyanide), CN-, dan tiosianat, SCN-
  • Sebatian karbida, C4-

2) Sebatian tak organik
  • Batu batan seperti sebatian silikat (silicate).
  • Bijih logam seperti kasiterit.
  • Asid mineral seperti asid sulfurik.

Semua sebatian organik terbakar dengan lengkap dalam bekalan gas oksigen yang berlebihan untuk menghasilkan gas karbon dioksida dan air sahaja.

Sebatian organik terbakar dengan tidak lengkap dalam bekalan gas oksigen yang terhad untuk menghasilkan campuran jelaga (karbon), karbon monoksida, karbon dioksida, dan air.


Hidrokarbon

Pada amnya, sebatian organik dikelaskan kepada hidrokarbon dan bukan hidrokarbon.

Hidrokarbon (hydrocarbon) adalah sebatian organik yang terdiri daripada unsur karbon dan unsur hidrogen sahaja. Atom karbon dan atom hidrogen dalam sebatian hidrokarbon diikat bersama-sama melalui ikatan kovalen (covalent bonds).

Hidrokarbon tepu ialah hidrokarbon dengan atom karbonnya terikat kepada atom yang lain melalui ikatan kovalen yang tunggal (single covalent bonds).

Pembentukan empat ikatan kovalen tunggal.

Hidrokarbon tak tepu ialah hidrokarbon yang mengandungi sekurang-kurangnya satu ikatan ganda dua (double bond) atau ikatan ganda tiga (triple bond) antara atom-atom karbon dalam molekul itu.


Pembentukan dua ikatan tunggal 
dan satu ikatan ganda dua.




Pembentukan satu ikatan tunggal
dan satu ikatan ganda tiga.


Sebatian organik
  1. Hidrokarbon (Unsur karbon dan hidrogen sahaja).
    i) Alkana (alkanes)
    ii) Alkena (alkenes)

  2. Bukan hidrokarbon (Unsur karbon, hidrogen dan unsur lain)
    i) Alkohol
    ii) Asid Karbosilik
    iii) Ester

Sumber utama hidrokarbon ialah petroleum.

Petroleum merupakan cecair hitam yang sangat pekat dan melekit. Bahan ini wujud secara semulajadi sebagai minyak mineral dalam lapisan-lapisan kerak bumi.

1 comment: