Semakin kecil saiz pepejal, semakin besar jumlah luas permukaan yang terdedah untuk bertindak balas, maka semakin tinggi kadar tindak balasnya.
Kajian mengenai kesan jumlah luas permukaan pepejal terhadap tindak balas, bebiasaannya dilakukan dengan menjalankan eksperimen tindak balas antara asid hidroklorik dengan kalsium karbonat yang berbeza saiz, iaitu, ketulan besar dan ketulan kecil. Sila rujuk buku teks / rujukan lain untuk keterangan lanjut mengenai eksperimen ini.
Radas eksperimen kajian tindak balas antara asid hidroklorik
dengan ketulan kalsium karbonat.
Berdasarkan kepada eksperimen tersebut, kesimpulan yang dapat dibuat adalah, semakin kecilnya saiz kalsium karbonat, semakin besar jumlah luas permukaan yang terdedah untuk bertindak balas, semakin tingginya kadar tindak balas.
Oleh itu, ketulan kecil kalsium karbonat yang mempunyai jumlah luas permukaan yang lebih besar bertindak balas dengan asid hidroklorik lebih cepat berbanding dengan ketulan besar kalsium karbonat.
Jika kita mengambil contoh dalam kehidupan seharian, pil ubat dibuat daripada serbuk yang dimampatkan agar ubat dapat bertindak balas dengan cepat kerana semakin kecilnya saiz ubat (iaitu dalam bentuk serbuk), semakin besar jumlah luas permukaan yang terdedah untuk bertindak balas, jadi semakin tinggilah kadar tindak balas.
No comments:
Post a Comment