Tuesday, February 16, 2016

Faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas

Sesuatu tindak balas yang sama dapat berlaku dalam kadar yang berlainan bergantung pada keadaan tindak balas.

Faktor yang mempengaruhi kadar sesuatu tindak balas ialah:
  • Saiz pepejal yang bertindak balas (jumlah luas permukaan pepejal).
  • Kepekatan larutan yang bertindak balas.
  • Suhu tindak balas.
  • Tekanan gas yang bertindak balas.
  • Penggunaan mangkin dalam tindak balas.

Kadar sesuatu tindak balas adalah lebih tinggi jika tindak balas itu menggunakan:
  • Pepejal dengan saiz yang lebih halus (jumlah luas permukaan lebih besar).
  • Larutan berkepekatan tinggi.
  • Suhu tindak balas yang lebih tinggi.
  • Tekanan gas yang lebih tinggi.
  • Mangkin positif yang sesuai.

No comments:

Post a Comment