Monday, December 28, 2015

Pencemaran Alam Sekitar Oleh Asid Sulfurik

Gas sulfur dioksida melarut dalam air hujan dan menghasilkan asid sulfurus (sulfurous acid).


Sulfur dioksida juga bertindak balas dengan oksigen di udara untuk menghasilkan sulfur trioksida.

Sulfur trioksida yang melarut dalam air hujan menghasilkan asid sulfurik.


Asid sulfurus dan asid sulfurik menyebabkan hujan asid dengan nilai pHnya lebih rendah daripada 5.6.

Hujan asid yang bersifat mengakis merosakkan bangunan yang berstruktur logam, berbatu marmar, atau konkrit.

Hujan asid yang mengalir ke dalam sungai, tasik, atau lautan akan menukarkan pH air dan menyebabkan kematian hidupan akuatik.

Hujan asid juga mengubah pH tanah dan menyebabkan kualiti tanaman terjejas.

Kita harus mengurangkan pembebasan gas sulfur dioksida ke atmosfera.

Selain itu, teknologi untuk menyingkirkan kandungan sulfur dalam bahan api fosil harus digalakkan.

No comments:

Post a Comment