Tuesday, November 24, 2015

Sifat Fizik Alkana

Sifat-sifat fizik alkana adalah seperti:
  • Takat lebur dan takat didih yang rendah.
  • Ketumpatan yang rendah.
  • Tidak larut dalam air tetapi larut dalam pelarut organik.
  • Tidak mengkonduksi arus elektrik.

Takat lebur dan takat didih

Pada keseluruhannya, takat lebur dan takat didihnya adalah rendah kerana alkana terdiri daripada molekul-molekul kovalen ringkas. Daya Van Der Waals di antara molekul alkana adalah lemah, jadi hanya sedikit haba diperlukan untuk memecahkan daya tarikan antara molekul ini supaya peleburan dan pendidihan dapat berlaku.

Apabila bilangan atom karbon per molekul bertambah, saiz molekul semakin bertambah. Daya Van Der Waals antara molekul-molekul yang lebih besar adalah lebih kuat. Maka, lebih banyak haba diperlukan untuk memecahkan daya tarikan antara molekul ini supaya peleburan dan pendidihan dapat berlaku. Takat lebur dan takat didihnya meningkat bagi alkana yang bersaiz lebih besar.



Ketumpatan

Semua alkana mempunyai ketumpatan yang rendah disebabkan daya Van Der Waals antara molekul adalah lemah. Oleh itu, molekul-molekul disusun dengan kurang padat. Ketumpatan alkana kurang daripada ketumpatan air.

Apabila bilangan atom karbon per molekul bertambah, molekul alkana dengan saiz yang semakin bertambah dapat menarik antara satu sama lain dengan daya Van Der Waals antara molekul yang lebih kuat. Oleh itu, molekul-molekul yang lebih besar disusun dengan lebih padat dan ketumpatannya pun bertambah.


Kelarutan dalam air

Semua alkana tidak larut dalam air kerana alkana merupakan sebatian kovalen yang hanya larut dalam pelarut organik seperti eter dan benzena.


Kekonduksian elektrik

Semua alkana adalah sebatian kovalen yang terdiri daripada molekul ringkas yang tiada ion-ion yang bebas bergerak. Oleh itu, alkana tidak mengkonduksikan arus elektrik.


Jadual di bawah menunjukkan sifat fizik sepuluh ahli pertama alkana.


Alkana
Formula
molekul
Jisim
molekul
relatif
Takat
didih
(°C)
Takat
lebur
(°C)
Keadaan fizik
pada keadaan
bilik
Ketumpatan pada
keadaan bilik
(g cm−3)
Metana
CH4
16
−162
−182
Gas
0.0007
Etana
C2H6
30
−89
−183
Gas
0.0013
Propana
C3H8
44
−42
−188
Gas
0.0018
Butana
C4H10
58
−0.5
−138
Gas
0.0024
Pentana
C5H12
72
36
−130
Cecair
0.56
Heksana
C6H14
86
69
−95
Cecair
0.66
Heptana
C7H16
100
98
−90
Cecair
0.68
Oktana
C8H18
114
126
−57
Cecair
0.70
Nonana
C9H20
128
153
−54
Cecair
0.72
Dekana
C10H22
142
174
−30
Cecair
0.74

4 comments: