Tuesday, April 28, 2015

Bes dan Alkali

Bes ialah bahan yang bertindak balas dengan asid untuk menghasilkan garam dan air sahaja. Sebagai contoh,


Semua oksida dan hidroksida logam merupakan bes. Sebagai contohnya, magnesium oksida, kuprum (II) hidroksida, zink oksida, natrium hidroksida, dan kalium hidroksida.

Bes yang larut dalam air disebut alkali. Maka, natrium hidroksida dan kalium hidroksida yang larut dalam air disebut alkali. Magnesium oksida, kuprum (II) hidroksida, dan zink oksida yang tidak larut dalam air disebut bes.

Semua larutan akueus alkali mengandungi ion hidroksida yang bebas. Ion hidroksida dalam larutan akueus menyebabkan sesuatu alkali menunjukkan sifat alkali. Sebagai contoh,



Alkali dan bes banyak digunakan dalam kehidupan harian.

Nama bes
Penggunaan
Natrium hidroksida
Membuat sabun dan detergen, pembersih kertas, dan mengilap kapas.
Kalsium hidroksida
Membuat simen, serbuk peluntur, dan kapur tanah.
Larutan ammonia
Membuat asid nitrik dan baja kimia.
Aluminium hidroksida
Membuat ubat gastrik.
Magnesium hidroksida
Membuat ubat gigi dan ubat gastrik.

Thursday, April 9, 2015

Sifat Asid

Asid mempunyai rasa masam. Buah limau berasa masam kerana kehadiran asid nitrik.

Larutan akueus asid mempunyai pH kurang daripada 7. Larutan akueus asid menukarkan kertas litmus biru menjadi merah.

Larutan akueus asid bertindak balas dengan logam yang lebih elektropositif daripada hidrogen untuk menghasilkan gas hidrogen.

Sebagai contoh, asid hidroklorik cair bertindak balas dengan pita magnesium untuk membebaskan gas hidrogen.


Larutan akueus asid bertindak balas dengan karbonat logam untuk menghasilkan gas karbon dioksida.

Sebagai contoh, asid nitrik cair bertindak balas dengan kalsium karbonat untuk membebaskan gas karbon dioksida.


Larutan akueus asid bertindak balas dengan bes untuk menghasilkan garam dan air sahaja dalam tindak balas peneutralan. Sebagai contohnya,

a) Asid hidroklorik cair bertindakbalas dengan larutan natrium hidroksida untuk menghasilkan garam natrium klorida dan air sahaja.


b) Asid sulfurik cair bertindak balas dengan kuprum (II) oksida untuk menghasilkan garam kuprum (II) sulfat dan air sahaja.