Wednesday, December 21, 2011

Kimia dan Kepentingannya

Manusia yang menggunakan proses kimia sebelum 500 BC untuk mengekstrak logam seperti tembaga (copper) dan besi (iron) untuk membuat perhiasan. Mereka juga mengetahui cara-cara untuk membuat seramik (ceramics) daripada tanah liat (clay). Walau bagaimanapun, mereka tidak dapat menjelaskan proses kimia yang berlaku.

1700 tahun seterusnya, sejarah kimia telah dikuasai oleh pseudo-sains dipanggil 'alchemy' (pseudo ertinya tidak tulen atau palsu).


'Alchemy' berasal dari perkataan Arab, 'al-kimiya' (kimiya = seni yang bertukar-tukar/berubah-ubah).

Ahli kimia di Mesir percaya mereka boleh menukar logam yang murah seperti plumbum menjadi emas. Usaha mereka tidak berjaya, tetapi sepanjang usaha tersebut mereka;
  • mendapat penemuan baru bahan-bahan lain seperti merkuri (mercury), antimoni (antimony), sulfur (sulphur) dan fosforus (phosphorus).
  • memajukan beberapa teknik manipulasi kimia.
  • mempelajari cara-cara untuk menyediakan beberapa asid galian (mineral acids) seperti asid sulfurik (sulphuric), asid hidroklorik (hidrochloric) dan asid nitrik (nitric).
Ilmu kimia moden (modern chemistry) dipelopori seorang lelaki berbangsa Inggeris bernama Robert Boyle. Pada tahun 1661, beliau menulis sebuah buku yang berjudul 'The Sceptical Chymist' yang memperkenalkan konsep moden unsur-unsur kimia (chemical elements).

Unsur (element) adalah bahan yang TIDAK BOLEH dipecahkan (broken down) kepada bahan yang lebih ringkas dengan menggunakan proses kimia.

Dalam abad yang berikutnya, banyak unsur ditemui.

4 comments:

  1. Apa kh nama-nama syarikat yang ada di negara Malaysia yg berkaitan dengan kimia?

    ReplyDelete
  2. Cikgu..mcm mana memahami kimia secara lebih jelas..mohon penjelasan dpd cikgu

    ReplyDelete
  3. Cikgu..mcm mana memahami kimia secara lebih jelas..mohon penjelasan dpd cikgu

    ReplyDelete