Alkana ialah satu siri homolog hidrokarbon dengan formula am CnH2n+2 dimana n = 1, 2, 3, 4 … (n ialah bilangan atom karbon).
Ahli-ahli alkana dinamakan mengikut sistem penamaan UIPAC (International Union of Pure and Applied Chemistry).
Nama semua ahli alkana berakhir dengan –ana.
Nama bahagian awalan alkana adalah mengikut bilangan atom karbon dalam sesuatu molekul.
Langkah-langkah yang digunakan untuk menamakan alkana rantai lurus adalah seperti berikut:
- Namakan bahagian induk dengan menentukan bilangan atom karbon dalam rantai karbon.
- Tambah –ana pada hujung nama.
Formula molekul ialah formula yang menunjukkan bilangan setiap jenis atom unsur hadir yang sebenarnya dalam satu molekul sesuatu sebatian.
Formula struktur ialah formula yang menunjukkan susunan atom-atom dan ikatan kovalen antara atom-atom dalam satu molekul sesuatu sebatian.
Alkana yang teringkas mempunyai satu atom karbon dalam molekulnya. Maka formula molekulnya ialah CH4 dan disebut metana.
Alkana yang mempunyai dua atom karbon dalam molekulnya disebut etana.
Model molekul metana.
Model molekul etana.
No comments:
Post a Comment