Friday, February 10, 2012

Sejarah Pembangunan Jadual Berkala

Banyak unsur-unsur (elements) yang dikenali hari ini telah ditemui dari tahun 1800 hingga 1900.

Ahli kimia menyatakan bahawa terdapat unsur-unsur tertentu yang mempunyai sifat kimia yang sama (similar chemical properties). Sebagai contoh: klorin, bromin dan iodin; kalium (potassium) dan natrium (sodium); magnesium dan kalsium, mempunyai sifat kimia yang sama.

Para ahli kimia kemudiannya cuba untuk meletakkan unsur-unsur dengan sifat kimia yang sama di dalam satu kumpulan. Ini membawa kepada pembangunan dalam jadual berkala (periodic table).

Kaedah pengkelasan unsur yang sistematik (systematic method of classification of the elements) akan membantu kita dalam:
  • Mengkaji sifat kimia dan fizikal sesuatu unsur dalam kumpulan sama.
  • Meramal kedudukan sesuatu unsur dalam jadual berkala daripada sifat-sifatnya.
  • Mengenal pasti, membanding dan membezakan unsur-unsur dari kumpulan yang berbeza.
  • Meramal sifat kimia dan fizikal unsur-unsur baru dalam kumpulan yang sama.
Ahli-ahli kimia seperti Lavoisier, Dobereiner, Newlands, Meyer, Mendelev dan Moseley telah menyumbang kepada pembangunan dalam jadual berkala yang digunakan pada hari ini.


No comments:

Post a Comment