Monday, May 18, 2015

Kadar tindak balas purata dan kadar tindak balas pada masa tertentu

Kadar bagi suatu tindak balas dapat diukur sebagai:
  • Kadar tindak balas purata dalam suatu tempoh.
  • Kadar tindak balas pada sesuatu masa tertentu.
Kadar tindak balas purata adalah kadar tindak balas dalam satu tempoh tertentu.

Kadar tindak balas pada sesuatu masa tertentu ialah kadar tindak balas sebenar pada ketika itu.

Fakta penting bagi penentuan kadar tindak balas pada sesuatu masa:
  • Ditentukan daripada graf jumlah isipadu gas melawan masa.
  • Lukis tangen pada masa itu di atas graf.
  • Hitung kecerunan graf pada masa itu.


Perhitungan yang melibatkan kadar tindak balas

Contoh 1

Sekeping pita magnesium dengan jisim 0.5 g digunakan untuk bertindak balas dengan asid sulfurik. Selepas 4 saat, semua pita magnesium telah melarut dengan sempurna. Apakah kadar tindak balas puratanya?

Penyelesaian:


Contoh 2

Sebuk zink ditambahkan pada larutan asid sulfurik yang berlebihan. Tindak balas ini berlaku dengan lengkap dalam masa 60 s dengan 120 cm3 gas hidrogen dikumpulkan. Hitung kadar tindak balas puratanya.

Penyelesaian:

Friday, May 8, 2015

Proses Pembuatan Asid Sulfurik Secara Industri

Proses Sentuh (contact process) terdiri daripada tiga peringkat.


Peringkat I: Penghasilan sulfur dioksida

Pembakaran serbuk sulfur dalam udara (gas oksigen) untuk menghasilkan gas sulfur dioksida.


Peringkat II: Penghasilan sulfur trioksida

Gas sulfur dioksida yang terhasil ditulenkan untuk menyingkirkan arsenik yang meracuni mangkin dalam tindak balas. Gas sulfur dioksida kemudiannya dipanaskan bersama-sama gas oksigen kering yang berlebihan. Pada suhu 450 °C – 500 °C dan tekanan 1 atmosfera, tindak balas berlaku dengan kehadiran mangkin vanadium (V) oksida, V2O5, untuk menghasilkan sulfur trioksida. Persamaan kimia bagi tindak balas yang berlaku adalah:


Dibawah keadaan tindak balas yang optimum ini, 98% sulfur trioksida dihasilkan. Sulfur dioksida yang tidak ditukarkan kepada sulfur trioksida dialir semula ke menara untuk bertindak balas.


Peringkat III: Penghasilan asid sulfurik

Sulfur trioksida yang terhasil dialir melalui asid sulfurik pekat untuk membentuk oleum, H2S2O7. Pencairan oleum dengan air menghasilkan asid sulfurik, H2SO4. Persamaan kimia bagi tindak balas yang berlaku adalah:


Platinum dan vanadium (V) oksida bertindak sebagai mangkin dalam Proses Sentuh. Vanadium (V) oksida lebih biasa digunakan daripada platinum walaupun vanadium (V) oksida kurang berkesan. Ini disebabkan vanadium (V) oksida lebih murah dan tidak mengalami keracunan arsenik.

Proses sentuh.